salam kepada semua dan selamat datang ke blog aku . blog ini hanya pasal aku dan hidup aku . tengs eh usha2 blog aku . klo xsuka tgok blog aku, sila tekan pangkah X bhagian atas seblah kanan ok:D ..

Monday, June 27, 2011

Penting ker blog ni??

Hmm...kalau x update, org suruh update. tapi nak update, xtau nk tulih apa. hahaha. penting ka blog ni bg korang semua? ade sesetengah org kata pengganti diari. tapi diari ni private kan, xleh bg org baca. Blog ni pon buleh nk bg jadi private. tapi sendiri tulis, sendiri baca la. kadang2 ada org yg jenih update apa saja yg dibuat setiap hari kat dlm blog ni, ada plak yg jenis update teknologi which a good knowledge to everyone who read it. cewahhh speaking london. hahaha. blog ni bukan ada limit topik pon, nak sembang pasal ayam ka pasai guruih api ka (mancis laa), apa saja korang buleh sembang lah. tapi korang jgn xtau, apa yg korang tulis ni jadi pemantauan pihak cyber security kat malaysia ni. diorng ni mmg btol punya mata-mata. pasal diorg guna mata ja utk cari kesalahan org. dapat kat diorg, Abis lah.....masuk penjara la kome. hahaha.

so menaip la blog anda dgn penuh rasa keriangan tanpa hasad dengki mahupun kutuk mengutuk ok..mata pon dh layu nie...aku nk tido..salam smua..>_<

Thursday, June 23, 2011

Futsal + Reunion SKTSP Student (1997-2002) mmg best..:D



..ASSALAMUALAIKUM..


first time aku join reunion dengan kawan-kawan time sekolah rendah..berjumpa kembali dengan kawan-kawan yang aku rasa 9 tahun tak jumpa..masing-masing dah berubah....semua dah macam bapak orang aku tengok..haha.. tpi aku dengar mmber aku AMIR nak wat  reunion besar-besaran..peh, mesti best..xsabr nk jumpe bdk2 nie..lagi2, bdk2 perempuan msti comel skrng..ahahhaa >_<

nie bru bdak2 laki,lom cmpur bdk2 perempuan lgi..ahaha


reunion kitaorang  tdi kat  futsal  millenium sport tmn tun aminah  ...peh penat beb main futsal td..rase nk patah kaki die watnye..smua tnjuk bkat, biase lah smua dh hebat2..ahahah..ok,nk crte  time sekolah dulu2 skit..hehehe..;p ,dulu time sekolah masih budak hingusan lagi beb sekarang dah besar umur pun dah 21 tahun kan..dah matang ah..tak ada selekeh lagi..haha...dulu aku selekeh betul masa sekolah rendah..nakal jangan ceritalah memang nakal..sekolah pagi,petang semua aku nakal..memang tak ada masa jadi budak baik..haha...

itu dulu..tapi sekarang aku bertukar 360 darjah..aku rasa akulah paling tersopan sekali (sopan lah sgt) ..haha..rasa nak lompang diri sendiri lepas masuk bakul angkat sendiri...ala..nakal-nakal itu semua satu pengalaman dan kenangan time sekolah..ye tak??kalau tak kenangan apa aku nak simpan melainkan menjadi budak nakal..cikgu2 pun cukup tak berkenan...haha..


ok..panjang~~~~~hehe...itula kisah-kisah time aku sekolah rendah kanak-kanak renek..>_<

Saturday, June 18, 2011

bila cuaca panas??

salam semua,

apa korang buat bila rasa panas?
cuaca sekarang ni kan panas taha apa.
ini baru panas dunia.belum panas neraka
aku yang jenis fobia panas ni,biaselah
mulalah berpeluh satu badan.
ini cara aku bila cuaca panas.




1)mandi




 abaikan gambar lucah dan kemesraan mereka.keypoint adalah mandi

shower tu akan jadi mangsa bila cuaca panas.
hahaha.

bukak air kat shower
lepas tu duduk atas lantai sambil mata tutup
baru nikmat mandi tuh.
nak sedap lagi,buatlah konsert ala Faizal Tahir
walau pitching lari,ada aku kesah.haha =)
syok weh wat konsert sendiri.hehe.




2)minum air kelapa muda/ makan buah tembikai.




 air kelapa muda yang cool



 isi tembikai yang juicy..


kat sini susah la nak cari buah kelapa ngan air tembikai.
kalau kat kampung aku,memang kait je buah kelapa muda
wat air campur dengan ais.
pergh tekak yang haus sebab panas
jadi cool je =)




satu lagi buah tembikai yang juicy dan gebu.
isi dia kalau makan tengah panas ni
boleh hilang rasa panas tuh.
haha,aku dah nampak ada yang meleleh air liur,
mengidam le tuh =)



3)tidur atas lantai



tidur atas lantai sangat sejuk =)




bilik aku ni ada mozek
so,rasa lagi sejuk bila duk atas lantai
nak online ke.study ke(poyo la study!!)
memang syok study atas lantai.




kalau tidur pon lagi nyenyak la
walau sakit badan sikit,sengal otot tu standard la kan
motif x leh badan sakit sikit.
manja betol la.haish..


 korang apa plak cara kalau panas?
jangan plak bila panas, pergi mane2 Mall
bunuh diri,itu memang kerja gila ngek!!..ahahaha..>_<

TO tuan abdul jalil bin hassan..happy father's day!!!..:D

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Hari ni 19 Jun 2011 adalah tarikh untuk kita menghargai bapa/ayah/papa/abah dan sebagainya.Kerana hari ini adalah sambutan Hari Bapa.Hari ini juga adalah merupakan hari ahad ketiga di dalam bulan Jun.Anatara negara-negara yang menyambut serentak Hari Bapa ni adalah seperti Malaysia,Amerika Syarikat,Afrika Selatan,Bahamas,Filipina dan sebagainya.


Yang pakai songkok,Bapak aku,Kacak kan, mcm AKU..Hahahah..>_<

Dan pada kesempatan ini juga ,Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa 2011 terutama kepada Ayah aku yang bernama Abdul Jalil Bin Hassan,jasamu tetap ku kenang selama-lamanya,
walaupun anakmu ini terlalu degil dan keras hati.Tanpamu Ayah,aku tak berada di sini(adeh sebak la pulak)...>_<


Di sini juga,aku terjumpa sajak-sajak khas sempena Hari Bapa :-
Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda…
Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan
Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu
Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”
Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja
Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau….
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal …
…..Gagal kami temui dalam setiap dakapan
…..Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
…..Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami….
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan
Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa
Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

Friday, June 17, 2011

maharaja lawak kat JB memang Best!!!!!!!

ank kuda pnjat pokok kelapa,hri nie kite crte pasl hri bapa...
tergelak gua sambil kua airmata !!!..ahahha


Korang layan tak maharajalawak semalam....
memang best dan sempoi la

Sepah memang hebat. Itu sahaja yang mampu aku katakan apabila melihat persembahan mereka minggu ini. Sentiasa konsisten dengan lawak-lawak Melayu mereka, sekali lagi Sepah tidak menghampakan jutaan peminat mereka. Berdasarkan persembahan minggu ini, Aku rankingkan Sepah nombor 1, diikuti oleh Jozan, Nabil, Jambu dan R2.
Hanya R2 sahaja yang tidak layak ke final minggu hadapan. Pada mulanya Jambu turut terkeluar tetapi pihak juri menggunakan immuniti untuk memasukkan kembali Jambu sekaligus memastikan kelibat Jambu di final. Bagi aku, lawak Jambu setiap minggu semakin kureng. Mungkin lawak yang sama diulang-ulang berkali-kali kot.
Layankan lagi video persembahan Maharaja Lawak minggu 12 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Apa pun, orang Johor memang sporting dan meriah habis.bngga aku jdi anak johor..hhihihi..>_<




Thursday, June 16, 2011

gelagat haiwan yang kelakar..-_-

Dah lama tak kongsikan gelagat haiwan-haiwan yang kelakar dalam blog ni haha. Biasanya manusia je yang suka dan pandai menggayakan rambut masing-masing. Kali ini aku ingin kongsikan gambar-gambar itik dengan gaya rambut yang unik dan menawan pulak. Tak pasti sama ada semula jadi atau hasil kerja manusia.




pergh siap ada sanggul





pandangan sisi





itik putih dalam sangkar





perghh belah tepi





itik yang kat belakang tu jeles dia takde rambut cantik






ok bulu kat badan itik ni cantik :)




cantik rambut kak.. nak pi mana haha




err sama warna itik dengan air tasik




ok rambut ni paling menawan hahaha




muka nak ganas.. mata nak sepet




main sorok-sorok?




fuuhhh yang ni gengster.. errr ke itik korea ni
Adeh sakit perut tengok itik-itik ni semua hahaha

Wednesday, June 15, 2011

Dah kalah ,nak maen kasar lak!!!!



penat glrz..tgok tu rokok smpy 2 kotak..ahahaha

Tadi aku main futsal tau lawan lah . macam final lah . main sungguh ni . team yang aku lawan nie staff jusco taman U,cm bagus lak . badjet hotstaff . tapi aku tengok tak hotstaff pon . ramai lagi lah hotstaff . jadi jangan belagak ok .

lepas tu kalah nak marah2 . main nak kasar . macam nak lawan tumbuk . ouh lepas tu kena  OLAY dengan aku 4 kali . HAHA . hebat gila . lepas tu main kasar nak mampus . yelah dah kalah kan nak cari point nak gaduh lah .smpy kaki aku, die sepak,bodoh xreti beza ker kaki dgn bola.. nak maen sepak jer.. eh biar lah . apa pun team aku  dah menang . >_<

Tuesday, June 14, 2011

Nasi kukus & ayam berempah taman sri pulai memang sedap!!!;p



wah sdap nye msti korang nak rase kan2..;p



Tadi petang aku dengan kawan2 aku  ge  Taman Sri Pulai untuk menikmati nasi kukus dan ayam berempah. Ini kali ke5 aku makan nasi kukus dan ayam berempah, mula-mula dulu aku datang bungkus makan kat rumah jer. Kali ini nak rasa syiok, banyaklah syiok aku  makan disitu...hehehe

Bila sampai ramainya orang datang kat  gerai die, majoritinya student and staff UTM. Memang sedaplah makan kat situ dengan ayam goreng yang baru di angkat dari kuali dan nasi kukus yang masih berasap. Patutlah pelanggan dia tak henti-henti.esok aku nak ge lagi lah...ahahaha..>_<

Monday, June 13, 2011

gangster habis!!!!



hari sabtu  yang lepas aku  sempat bermidnight movie dengan kawan2 aku sebab nak support filem tempatan..
Memang langsi. Itu sahaja yang mampu aku katakan apabila tamat menonton filem KL Gangster. . Memang penuh panggung ,nasib  baek aku dapat seat tengah2... Hebat sungguh penangan cerita KL Gangster ini.
Apa-apa hal aku bagi rating filem ini 4 bintang daripada 5. Kalau anda pernah tonton filem Kongsi dan kecewa dengan tahap kegangsteran filem Kongsi, sememangnya filem KL Gangster adalah filem untuk anda. Darah, aksi tumbuk menumbuk, aksi tembak menembak, dialog yang mantap dan lakonan yang awesome daripada pelakon-pelakonnya sememangnya akan membuakkan nafsu gangster korang.
Mungkin satu perkara yang mengecewakan aku  ialah lakonan Syamsul Yusof yang agak pelik. Sebabnya aku  tak tahu Syamsul Yusof nie orang Cina atau orang Melayu dalam filem ini. Kadang-kadang skrip macam orang Melayu tapi nampak gaya macam orang Cina. Agak confuse tapi itu tak berapa penting sangat. 


Lakonan paling mantap sudah semestinya daripada Zizan Raja Lawak yang menyerikan filem ini dengan lawak-lawaknya.hahahah... Good job Zizan.

nak benda nie...;p

Duit ini + Duit itu  boleh beli kot  tapi so Soon la kot , Kalau korang baca tajuk kompem korang cakap aku nie bingai kan ? yelah 2 sebab nak beli kamera D90 tapi taknak jadi kameraMan plak.hahaha dah² korang layan jer apa sebab²nya aku nak pakai D90 nie  ...




Maksud DSLR : Digital Single-Lens Reflex

ececece macam pro jer kan 
Sebab yang pertama , Aku adalah orang yang paling liat kalau mak aku ajak aku pergi rumah orang kahwin , tak tau kenapa . Tapi kalau aku ada D90. Belom sempat mak aku invite , aku dah ada kat dalam kereta tuh dulu agaknya hahahaha..;p. Tetibe ada cita² nak jadi photographer termacho. Yela orang nak cakap apa gi mam la kan ? Oh syok² jer amek gambar pengantin. Boleh masuk rumah pengantin tanpa bersusah payah Sebab Jurugambar akan diberi priority kan ?
Sebab yang kedua , Kalau ada event besar² aku akan amek semua gambar yang orang lain pun tak sanggup nak amek . ahh dah takat bahaya nie ! WAKAKA . Korang jangan fikir lain plak , Elok² aku shoot gambar lelawa tetibe jer aku ‘shoot’ korang lak hahahaha... Lagipun aku rasa tercabar bila aku shoot gambar guna Kamera Handphone yang sememangnya hanya 5Megapixel tapi time gelap Kompem gambar gelap! CisMore betul . Kalau aku pakai Flash , bapak terang benderang terus gambar tuh ! WAKAKAKA .

1 Sebab Aku TAKMO jadi KameraMan, Sikap aku yang ‘camwhore’ nie akan terbatas bila aku sendiri yang jadi cameraman ! Kalau ada event reramai kompem la muka aku paling sikit dalam kemera aku sendiri kan ? Lepas tuh tacing duk rumah nangis² nak upload coz gambar takda dalam memory kamera. Apa guna aku ada DSLR D90 nie ? Ehh Apa kes takkan aku nak tangkap gambar style tangkap gambar sendiri dalam bilik takpun tangkap gambar depan cermin toilet . Urghh tak kelas yoh! . Isk nie cerita dulu² WAKAKA .
Walaupun banyak lagi sebab ataupun penyebab yang boleh menyebabkan aku memakan kebab sambil menonton cerita Ahmad Albab ! Layan jgak movie nie kan ?

Sunday, June 12, 2011

nak maki ko leh x??

assalamualaikum wahai reader sekalian..

marah.. sangat-sangat marah pagi2 buta  nie... memang rasa nak maki je.. nak mencarut ada.. tapi takpe.. tahan lagi....kalo ko wat lagi skali ..aku xleh tahan dah ,aku trus maki ko je..........!!!!;(

Wednesday, June 8, 2011

Bila awek dah merajuk....:D

Awek korang merajuk? Si dia merajuk? Selalu menghadapi masalah cmane nak hadapinya? Haaa…korang xyah susah2 dah. Kali ni ak akn bagi tips baik punye...hahaha..;p.. Korang tak perlu da susah2 pikiaq sebab kali ni aku dah list down. Korang bace, praktik n jgn lupe plak bookmark untuk rujukan masa akan datang. Dijamin tiada lagi masalah merajuk2 lepas ni! (mungkinlaa..huhu).
Layan ajelaaa…..

1. Tak Yah Layan
Diorang ni ngengade sket. Saje je nk perhatian lebih. Padahal takde pape pon. Wawawawaw. Jadi klau diorang merajuk buat xtaw je. Diorang nanges2 ke korang buat donno je. Haaa..bgus kn tips aku ni kan kan kan.Diorang guling2 tarik kaki korang ke ape ke buat donno je. Die pegang kaki korang pon korang rilek je seret diorang merata-rata. Kalau orang tgk pelik ke ape ke cakap je die tu hiasan kaki yang terbaru. Tgh jadi trend sekarang ni. Haaa…memang mantop punye tips kan kan kan.
2. Beli Cokelat…Makan Depan Dia.
Perempuan dengan cokelat mmg tak dapat dipisahkan. Jadi kalau si dia merajuk korang cepat2 pergi serbu 7E beli cokelat yang besar tuh. Pastu ko pegi jumpe awek korang. Tunjuk cokelat yg korang beli tu pastu dengan rakusnya korang makan depan die. Tak yah sopan2 dah. Korang kasi bantai aje cokelat tu. Comot ke meleleh ke ape ke tak kisah dah. Janji ko mkn depan die. Perempuan ni lain sket…tgk org lain mkn cokelat pon dah bleh tenangkan hati die dah. Pastu klau si dia mintak jangan bagi. Nanti die nak lebih…orang bagi betis nak peha. Tak boleh2. Jadi…korang mkn je sensorang. Biarkan si dia kempunan. Wahahahaha.
3. Ko Pun Merajuk La Sekali.
Haaa…perempuan ni ingatkan laki2 x pandai merajuk ke ape. Kalau diorang merajuk..korang pon cepat2 merajuk jugak. Tak kisah la ape nak jadi..jadi la. Janji korang kne merajuk jugk. Walaupun takde sebab n xpndai merajuk…korang merajukla jugak. Haaa..barula adil. Walaupun lelaki ni klau merajuk tu buruk bebenor…tapi cubela merajuk dengan baik sekali. Biar nampak real. Untuk kepuasan merajuk yang lebih memuaskan….gunekan air mata n suara budak kecik yg hentak2 kaki. Seriusli lelaki tersebut meminta pelempang! Hahah!
4. Bawak Pegi Kedai Kasut.
Perempuan kalau bawak shopping je konpem da x ingat dunia da. Kalau si dia merajuk sekalipun..ko seret je masuk kedai kasut. Tinggalkn die kat situ. Dalam tiga jam barula ko dtg balik. Nanti ko akn nampak muke si dia berseri-seri penuh dengan senyuman dan juga tak dilupakan beg2 plastik yg baru dibeli berlambak. Kan da cakap si dia xkn ingat dunia kalau shopping kasut ni. Hahahaha. Perhatian, jangan bg si dia gune kredit kad dan juga mengangkat beg plastik yang dia beli. Kalau tak korang akn menangis tak berlagu mungkin.
5. Terus Mintak Kahwin On The Spot!
Haaa.amik ko. Perempuan yang ak tgk skrg smue nk kawin cepat. Tak nk menikmati masa remaja puas2 kot. So…bile diorang merajuk je…terus cakap ko nk masuk meminang time tu jugak. Esokla tunang…esok tu jugakla ko nk nikah. Si dia dari nk merajuk terus tergamam…tak jd mrajuk. Terkesima dan terkedu mungkin. Hahahaha! Dari fikiran nk merajuk terus pikir pasal hantaran…warna tema bersanding…pasal baby..pasal kek kawin…pasal nama baby..pasal kenduri kendara..pasal solekan..pasal itu pasal ini. Hahahah. Mesti menjadi punyelah ni! Risiko rumah tangga bergolak agak tinggi. So do it at your own risk. Jangan salahkan blog ni. Terima kasih. :P
6. Cakap Korang Dah Ade Perempuan Lain.
Konfem si dia tak merajuk. Tapi si dia akan marah. Takde dah merajuk2 ni…tros rase nk baling pisau je kt muke ko ak rase. Jadi…taktik ini agak ekstrim dan mungkin membawa kepada pertumpahan darah. Tapi dengan jujur, masalah merajuk si dia akn terus hilang. :D
7. Tak Mengaku Awek Je Tros.
Haaa…tips ni senang. Kalau dah si dia tu memang minat bebenor merajuk..tak henti nk merajuk. 24/7 nk merengek merajuk sane sini..jalan paling senang ialah…terus tak mengakui awek. Nampak je die buat muke merajuk…ko terus lari jauh2 tak berhenti pastu antar msg sekeping. “I dont know you..sorry”. Setel masalah. Hahahaha. Cara ni la ak rase paling senang mungkin. Wawawawawaw.
Sekian sahaja doktor pakar rumah tangga melaporkan untuk hari ni. Semoga berjumpa di lain hari untuk tips2 kekeluargaan yang tak masuk akal lagi. Dont miss me ye cik akak dan cik abang. Dan jugak dont hate me untuk post semacam ini. Aku bukn blogger serius. Aku nk tengok orang senyum aje. Wwawawawaw. Sebarang cadangan post untuk aku goreng lagi…sile antar di bahagian komen  terus je ok.
Semoga hubungan korang takde lagi dah masalah2 merajuk ni. Kalau berlaku jugak…mungkin nombor 5,6 dan 7 boleh dipertimbangkan. Hahahahahaa.

kenapa nie.???



Kesiannye ,nie msti dh gntok sgt smpy tak sempat nak cari port tidur...hehehe..;p.

Sekarang jam dah pukul 4.00 pagi, aku masih tak boleh tidur nih.. Aduhh mata ni tak boleh lelap pulak. Dari pukul 1 pagi tadi aku golek-golek atas katil sampai sekarang mata den tak boleh nak tutup.nasib baik skrng aku tengah cuti sem,kalo tak cmfm aku lambat ge kolej..ahahah..>_<... Sebenarnya masalah tak boleh tidur ni aku dah alami sejak dari sekolah menengah lagi, tak tau lah kenapa dan bagaimana ianya boleh terjadi kat aku. Aku duk baca petua orang yang susah nak tido malam ni.. Start esok aku nak cubalah, mana tahu ianya berhasilkan.. Antara petua yang aku jumpa adalah
1: Jangan minum air terlalu banyak sebelum tidur
2: Jangan minum air kopi terutamanya kopi tongkat ali sebelum tidur
3: Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur
4: Minum air susu sebelum tidur
5: Jangan makan coklat sebelum tidur
6: Buat kiraan nombor dari 500 hingga 0 dalam tengah mengira tu akan mengantuk
7: Baca buku terutamanya buku sejarah
8: Minum air suam dan selawat 3 kali
9: Tutup lampu kalau nak tidur
10: Pakai pakaian yang longgar semasa tidur
11: Tenangkan fikiran sebelum tidur
12: Bersenam sebelum tidur
Inilah antara petua-petua orang yang susah nak tidur malam, keberkesanannya tak pastilah sebab aku tak cuba lagi.. Insyaalah esok aku nak cuba petua ni.. Ok lah saja nak merapu pepagi buta ni, ... Selamat malam semua...>_<