salam kepada semua dan selamat datang ke blog aku . blog ini hanya pasal aku dan hidup aku . tengs eh usha2 blog aku . klo xsuka tgok blog aku, sila tekan pangkah X bhagian atas seblah kanan ok:D ..

Monday, October 24, 2011

Manchester City belasah Manchester United!!!!

Assalamualaikum semua...

Korang mesti tengok bola Man City vs Man U mlm smlm kan.....Man U kena belasah dengan Man City 6 - 1..aku macam x percaya yang Man U kalah teruk dengan Man City...tpi puas hati aku Man u kalah...ahahahah..>_< ,...kiranya Man City hebat lagi dari Man U...Gol Man City dijaringkan oleh Balotelli 22, 60, kemudian Aguero 69,  Dzeko 90, 90, Silva 90... Man U dapat gol oleh Fletcher pada minit 81..





p/s : PADAN MUKA  MAN U!!!..>_<

Sunday, October 23, 2011

Marco Simoncelli mati kemalangan,MotoGP Malaysia dibatalkan !

salam smua ,korang tgok MOTO GP tak Petang td???Penunggang Honda, Marco Simoncelli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, petang tadi....





Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.

Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.


Gambar kemalangan Maut Simoncelli...



Gambar Marco Simoncelli di gilis dari pandangan depan...memang dahsyat !



Kalau korang tengok muka Simoncelli tersembam dan terseret di atas litar, helmet pulak tercabut.



Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans dalam pukul 4.05 petang.


Rakaman Saat nahas






Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu. Pihak MotoGp kemudiannya mengumumkan berita kematian Marco Simoncelli di laman web MotoGP.

Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit.

Kalau korang nak tau Kematian Simoncelli itu adalah kematian pertama di MotoGP sejak Daijiro Katoh, dan juga Gresini , meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami pada tahun 2003 di Grand Prix Jepun. Kemalangan maut terakhir dalam siri kejohanan dunia sewaktu Moto2 pelumba Showa Tomizawa telah terbunuh pada Misano September lalu.


Aku rasa Simoncelli bukan mati sebab kemalangan tersebut tetapi berkemungkinan sewaktu menunggang motosikal tersebut... cube korang tengok betul2 awal2 lagi dye bawak moto dah ilang kawalan tetapi dye tak lepaskan moto means that dye pengsan or mati atas moto dan mot tersebut melencong ketepi dan berkemungkinan gengaman tangan pada trottel moto tersebut terpulas disebabkan tangan yang jatuh dan moto tersebut masuk semula kedalam litar dan dilanggar oleh rossi dan edward.

Kalau ikot prosedur keselamatan sekiranya moto jatuh pemandu hendak lah melepaskan diri dari motor , tapi! dari kejadian ini kenapa Simoncelli tak lepas kan moto???


JgN Lupa Klik LIKE pages bawah ni dan SHARE...pada kengkawan²
















Thursday, October 20, 2011

REAL STEEL. memang best !!!!!

Assalamualaikum!




masa update : 3.00 pagi
status :  baru balik tengok midnight movie dengan kengkawan


hehehe .. baru balik terus update ye dok .. *semangat blogging gituu* puiii ...hahahaha


okay .. sebelum tengok wayang .. kami pergi makan dulu, perut dah berbunyi kruk krak kruk krak menandakan tahap kelaparan berada di tahap tertinggi .. *aku lah tuu, orang lai tak punggg* aku pon xthu sejak2 dah de orang jaga aku nie ,aku kuat makan jer...hehehe,..ok2,skrng bukan crte pasal makan, entry kali ni pasal REAL STEEL.




sinopsis

REAL Steel dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton, bekas peninju yang dilupakan dan pernah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan tinju apabila robot mula menguasai gelanggang sukan berkenaan.
Kini, Charlie Kenton hanyalah seorang penganjur pertandingan tinju kecil-kecilan.
Dengan bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang bawah tanah menggunakan robot yang dicantum daripada besi-besi terbuang, Charlie mampu mengumpul sedikit wang.
Namun, apabila dia pokai sepenuhnya, dia dengan berat hati bergabung dengan anaknya Max (yang sudah ditinggalkan sebelum itu) untuk membina dan melatih satu robot yang mampu menjadi juara.
Bila bermulanya aksi yang seolah-olah tiada penghalang langsung, kedua-dua Charlie dan Max menongkah segala bentuk arus bagi memastikan satu peluang terakhir untuk naik kembali dan muncul juara tidak terlepas begitu sahaja.
Menurut pengkritik, apa yang menarik mengenai filem ini adalah saat-saat emosi yang merapatkan kembali hubungan antara seorang bapa dan anaknya.
Ada pihak mengatakan ini adalah filem yang terbaik setakat ini untuk tahun 2011.






pandangan aku :

  • citer ni  sangat best .... bayangkan lah aku tengok movie ni .. midnight .. dah midnight khenn seharusnya mengantuk .. tapi citer ni memang dari awal sampai ke hujung memang tak boring dan takkan membuatkan korang rasa mengantuk sikit pung
  • robot memang nampak macam real .. dengan gaya berjalannya..siap leh menari lak 2..time 2 memang berdekak glerz aku..
  • ada unsur lawak2 sket .. memang seisi panggung ketawa time diaorang lawak2 tu 
  • ada jugak sedih2 sket .. jiwang2 cintan cintun memang takde
  • jalan penceritaan yang tersusun .. 
  • max yang comel dan charlie yang Kacak abis..
  • time atom nak lawan dengan zeus kan .. time yg last sekali, time yang atom menang .. seluruh panggung bertepuk tangan sebab atom jugak menang last2
aku memang cadangkan korang tengok citer ni .. memang best .. dan memang bagi aku, aku rasa lah .. citer ni antara yang paling best bagi tahun 2011.





ni lah atom .. robot kecik yg terus berjuang tanpa henti .. lasti2 menang jugak ko yek atom hehehe
atom ni ada sensor bagi mengikut pergerakan .. contohnya macam charlie .. kalau charlie tumbuk .. maka robot ni akan turun menumbuk jugak ... paham? tak paham? kalau tak paham sila tengok citer ni .. dah tengok baru paham hehehe






time atom lawan dengan the almighty zeus .. zeus ni tinggi kemain weh kalau nak dibandingkan dengan atom .. sekali dia tumbuk atom .. berlobangg kepala atom ..hahahaha


aku tengok dekat  MBO Square One Batu Pahat  hari jumaat malam .. jam 10.45 .. aku tahu takde sesapa tanya, tapi ada aku kesah .. aku nak jugak bagitahu muahahahaha >_<