salam kepada semua dan selamat datang ke blog aku . blog ini hanya pasal aku dan hidup aku . tengs eh usha2 blog aku . klo xsuka tgok blog aku, sila tekan pangkah X bhagian atas seblah kanan ok:D ..

Thursday, October 20, 2011

REAL STEEL. memang best !!!!!

Assalamualaikum!




masa update : 3.00 pagi
status :  baru balik tengok midnight movie dengan kengkawan


hehehe .. baru balik terus update ye dok .. *semangat blogging gituu* puiii ...hahahaha


okay .. sebelum tengok wayang .. kami pergi makan dulu, perut dah berbunyi kruk krak kruk krak menandakan tahap kelaparan berada di tahap tertinggi .. *aku lah tuu, orang lai tak punggg* aku pon xthu sejak2 dah de orang jaga aku nie ,aku kuat makan jer...hehehe,..ok2,skrng bukan crte pasal makan, entry kali ni pasal REAL STEEL.




sinopsis

REAL Steel dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton, bekas peninju yang dilupakan dan pernah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan tinju apabila robot mula menguasai gelanggang sukan berkenaan.
Kini, Charlie Kenton hanyalah seorang penganjur pertandingan tinju kecil-kecilan.
Dengan bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang bawah tanah menggunakan robot yang dicantum daripada besi-besi terbuang, Charlie mampu mengumpul sedikit wang.
Namun, apabila dia pokai sepenuhnya, dia dengan berat hati bergabung dengan anaknya Max (yang sudah ditinggalkan sebelum itu) untuk membina dan melatih satu robot yang mampu menjadi juara.
Bila bermulanya aksi yang seolah-olah tiada penghalang langsung, kedua-dua Charlie dan Max menongkah segala bentuk arus bagi memastikan satu peluang terakhir untuk naik kembali dan muncul juara tidak terlepas begitu sahaja.
Menurut pengkritik, apa yang menarik mengenai filem ini adalah saat-saat emosi yang merapatkan kembali hubungan antara seorang bapa dan anaknya.
Ada pihak mengatakan ini adalah filem yang terbaik setakat ini untuk tahun 2011.






pandangan aku :

  • citer ni  sangat best .... bayangkan lah aku tengok movie ni .. midnight .. dah midnight khenn seharusnya mengantuk .. tapi citer ni memang dari awal sampai ke hujung memang tak boring dan takkan membuatkan korang rasa mengantuk sikit pung
  • robot memang nampak macam real .. dengan gaya berjalannya..siap leh menari lak 2..time 2 memang berdekak glerz aku..
  • ada unsur lawak2 sket .. memang seisi panggung ketawa time diaorang lawak2 tu 
  • ada jugak sedih2 sket .. jiwang2 cintan cintun memang takde
  • jalan penceritaan yang tersusun .. 
  • max yang comel dan charlie yang Kacak abis..
  • time atom nak lawan dengan zeus kan .. time yg last sekali, time yang atom menang .. seluruh panggung bertepuk tangan sebab atom jugak menang last2
aku memang cadangkan korang tengok citer ni .. memang best .. dan memang bagi aku, aku rasa lah .. citer ni antara yang paling best bagi tahun 2011.





ni lah atom .. robot kecik yg terus berjuang tanpa henti .. lasti2 menang jugak ko yek atom hehehe
atom ni ada sensor bagi mengikut pergerakan .. contohnya macam charlie .. kalau charlie tumbuk .. maka robot ni akan turun menumbuk jugak ... paham? tak paham? kalau tak paham sila tengok citer ni .. dah tengok baru paham hehehe






time atom lawan dengan the almighty zeus .. zeus ni tinggi kemain weh kalau nak dibandingkan dengan atom .. sekali dia tumbuk atom .. berlobangg kepala atom ..hahahaha


aku tengok dekat  MBO Square One Batu Pahat  hari jumaat malam .. jam 10.45 .. aku tahu takde sesapa tanya, tapi ada aku kesah .. aku nak jugak bagitahu muahahahaha >_<













No comments:

Post a Comment