salam kepada semua dan selamat datang ke blog aku . blog ini hanya pasal aku dan hidup aku . tengs eh usha2 blog aku . klo xsuka tgok blog aku, sila tekan pangkah X bhagian atas seblah kanan ok:D ..

Monday, June 13, 2011

gangster habis!!!!



hari sabtu  yang lepas aku  sempat bermidnight movie dengan kawan2 aku sebab nak support filem tempatan..
Memang langsi. Itu sahaja yang mampu aku katakan apabila tamat menonton filem KL Gangster. . Memang penuh panggung ,nasib  baek aku dapat seat tengah2... Hebat sungguh penangan cerita KL Gangster ini.
Apa-apa hal aku bagi rating filem ini 4 bintang daripada 5. Kalau anda pernah tonton filem Kongsi dan kecewa dengan tahap kegangsteran filem Kongsi, sememangnya filem KL Gangster adalah filem untuk anda. Darah, aksi tumbuk menumbuk, aksi tembak menembak, dialog yang mantap dan lakonan yang awesome daripada pelakon-pelakonnya sememangnya akan membuakkan nafsu gangster korang.
Mungkin satu perkara yang mengecewakan aku  ialah lakonan Syamsul Yusof yang agak pelik. Sebabnya aku  tak tahu Syamsul Yusof nie orang Cina atau orang Melayu dalam filem ini. Kadang-kadang skrip macam orang Melayu tapi nampak gaya macam orang Cina. Agak confuse tapi itu tak berapa penting sangat. 


Lakonan paling mantap sudah semestinya daripada Zizan Raja Lawak yang menyerikan filem ini dengan lawak-lawaknya.hahahah... Good job Zizan.

2 comments: