salam kepada semua dan selamat datang ke blog aku . blog ini hanya pasal aku dan hidup aku . tengs eh usha2 blog aku . klo xsuka tgok blog aku, sila tekan pangkah X bhagian atas seblah kanan ok:D ..

Saturday, June 4, 2011

rindu pula nak tengok kartun nie :D


Larh, tetiba aku rindu pula nak tengok kartun “Anak-anak Sidek” nie… Dulu, waktu sekolah rendah aku selalu beli buku komik nie. Tapi sekarang, entah mana dah buku komik tuh, satu pun tak nampak. Tetiba rasa menyesal pula, yalah cez langsung tak pandai jaga buku. Ingat buku tuh murah-murah ke? Kalau tak silap buku tuh harga dia dekat RM10 sebuah. Dulu-dulu RM10 tuh kira mahal larh. Sekarang RM10 nie macam sepuluh sen jer. Maklum larh taraf hidup dah meningkat dan mata wang negara pun dah naik dari tahun-tahun sebelumnya. Tengok jer zaman-zaman dahulu [bukan zaman Hang Tuah ok], zaman 60an & 70-an… secawan kopi kat warung baru 10sen. Sekarang? Mana ada 10sen wei… Hehe…:D




Tapi, apa-apa pun “Anak-anak Sidek” cartoon yang paling best. Pihak Penerbit kartun nie tak nak buat republish ke? Tolonglah buat…suka sangatlah cerita nie. Anak-anak Sidek merupakan salah satu sejarah di Malaysia di mana kelima-lima adik-beradik nie pernah mengharumkan nama negara ketika Piala Thomas 16 Mei 1992. Aku rasa kalau kartun nie ditayangkan semula sejajar dengan perkembangan IT masa kini tentu boleh menarik ramai peminat terutamanya dikalangan kanak-kanak dan mereka-mereka yang mencintai sukan badminton. Tengok Upin Ipin, kartun yang berlatarbelakangkan suasana kampung kini diminati ramai bukan saja di negara kita malahan negara jiran pun ada disiarkan. So, apa lagi? Hope lepas nie ada berita gembira larh tentang perkembagan komik anak-anak sidek nie erk… Love anak-anak sidek… (^_^)




No comments:

Post a Comment