salam kepada semua dan selamat datang ke blog aku . blog ini hanya pasal aku dan hidup aku . tengs eh usha2 blog aku . klo xsuka tgok blog aku, sila tekan pangkah X bhagian atas seblah kanan ok:D ..

Thursday, July 28, 2011

kalah bukan bermaksud kalah selamanya

Assalamualaikum & salam sejahtera hari nie aku nk crte skit pasal game malaysia semalam. Tentu ramai peminat bola sepak tempatan berasa sedikit kecewa bila pasukan kebangsaan kita tewas kepada singapura dengan agregat 6 - 4 setelah seri 1 - 1 dalam perlawanan kedua, peringkat kedua dalam saingan kelayakan piala dunia 2014 bagi melayakkan pasukan kita untuk bermain di peringkat seterusnya. Diharapkan 85 000 penyokong pasukan Malaysia di stadium & juga berjuta lagi rakyat Malaysia yang menonton menerusi kaca televisyen akan sentiasa terus menyokong pasukan Harimau Malaya & berdoa agar pasukan kita akan lebih berjaya pada masa akan datang.








Walaupun pasukan Malaysia telah kalah & tidak dapat untuk beraksi pada peringkat seterusnya,kalah bukan  bermaksud kita kalah selamanya,sebenarnya kita kalah bermaruah kerana semua pemain telah bermain bersungguh-sungguh & jika dilihat kekalahan  Malaysia bukanlah berpunca daripada mutu permaianan kita tapi sebaliknya disebabkan oleh sikap pemain singapura yang suka menjatuhkan diri  & jugak sikap suka melengah-lengahkan masa permainan.


p/s - Singapura menang bukan sebab kualiti permaianannya yang baik tapi disebabkan mutu lakonan pemain-pemainnya yang bagus. 



No comments:

Post a Comment