salam kepada semua dan selamat datang ke blog aku . blog ini hanya pasal aku dan hidup aku . tengs eh usha2 blog aku . klo xsuka tgok blog aku, sila tekan pangkah X bhagian atas seblah kanan ok:D ..

Wednesday, May 18, 2011

Minat lain, Belajar lain, Kerja lain????



Kerja..kerja..kerja..semua yang dah habis belajar pasti pening kan fikir nak kerja apa? Pas satu interview, satu interview pergi..tapi kerja tak dapat2..Last-last kerjalah sementara kat stesyen minyak atau pasaraya sebab nak tunggu result interview atau cari interview lain. Balik rumah mak ayah bising sebab tak kerja lagi. Nak tidur malam tak lena sebab fikir kat mana lagi nak cari kerja. Harap gaji kerja sementara tu berapa ratus sangatlah. Pastu mulalah salahkan diri sebab salah pilih kursus kat U..
Betul ke sebab salah pilih kursus (course) kat U yang jadi penyebab? Atau orang kata pelajar Universiti ni tak reti buat kerja. Lebih baik amik budak ILP, IKM, IKBN yang ada diploma atau sijil tu sebab gaji murah sikit dan tahu buat kerja. Betul ke? Banyak lagi lah ayat2 yang aku  pernah dengar dan korang sendiri pernah dengar kan?
Itulah yang jadinya minat lain, belajar lain, kerja lain. Contohnya korang minat nak jadi arkitek. Tapi family nak suruh jadi doktor. So korang pergilah kat Universiti belajar course doktor yang korang kurang minat tu. Bila belajar apa yang korang kurang minat, of course nak score tu susah kan? hmm jawabnya result cukup2 makan. Pas habis belajar, susah nak dapat kerja sebab result tak cukup bagus (tu pun untung kalau tak kena buang dari universiti). Tu yang korang terpaksalah amik kerja mana yang ada terlintas di depan mata. Jadilah minat lain, belajar lain, kerja lain

1 comment: