salam kepada semua dan selamat datang ke blog aku . blog ini hanya pasal aku dan hidup aku . tengs eh usha2 blog aku . klo xsuka tgok blog aku, sila tekan pangkah X bhagian atas seblah kanan ok:D ..

Tuesday, May 31, 2011

Sabor jer lah



Aku rasa macam nak gaduh ngan orang je. Nak balas-balas mulut ngan orang je. Nak segala-galanya.tapi aku kena sabar menghadapi semua ini. sabar kan separuh daripada iman. jadi, sabar je la pitod...

Sunday, May 22, 2011

Al-Fatihah...

Assalamualaikum dan salam 1Dunia..Kejadian tiba-tiba tanah runtuh di Hulu Langat yang menimpa Rumah Anak Yatim akibat hujan lebat yang berpanjangan ini telah menjadi bencana hangat yang diperkatakan peringkat tempatan. Eh bukan sahaja tempatan, malahan liputan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa ini turut diliputi oleh Guardian Co Uk dan CNN. Tak caya pergi tengok. Yelah 11 mati tu beb. Bukan sedikit. Aku lambat untuk update tragedi ni sebab aku rehat kt umah,kerana aku kurang sihat. Dapat tahu pun sebab aku tgok kt buletin tv3. Anyway, daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Hidup ini hanyalah sebagai pinjaman untuk kita beramal. Mati datang tanpa diundang, bila-bila sahaja kita boleh mati. Sedang enak-enak tonton TV pun boleh mati. Sedang kusyuk solat pun boleh mati. Mari kita berdoa agar kematian kita kelak berada dalam keadaan bersedia, penuh amalan kebaikan dan juga mati dalam keadaan yang baik. Amin., Gambar tragedi tanah runtuh? Ada kat bawah ni.














Al-fatihah kepada mangsa2 anak yatim yang terkorban tanah runtuh




Wednesday, May 18, 2011

Minat lain, Belajar lain, Kerja lain????



Kerja..kerja..kerja..semua yang dah habis belajar pasti pening kan fikir nak kerja apa? Pas satu interview, satu interview pergi..tapi kerja tak dapat2..Last-last kerjalah sementara kat stesyen minyak atau pasaraya sebab nak tunggu result interview atau cari interview lain. Balik rumah mak ayah bising sebab tak kerja lagi. Nak tidur malam tak lena sebab fikir kat mana lagi nak cari kerja. Harap gaji kerja sementara tu berapa ratus sangatlah. Pastu mulalah salahkan diri sebab salah pilih kursus kat U..
Betul ke sebab salah pilih kursus (course) kat U yang jadi penyebab? Atau orang kata pelajar Universiti ni tak reti buat kerja. Lebih baik amik budak ILP, IKM, IKBN yang ada diploma atau sijil tu sebab gaji murah sikit dan tahu buat kerja. Betul ke? Banyak lagi lah ayat2 yang aku  pernah dengar dan korang sendiri pernah dengar kan?
Itulah yang jadinya minat lain, belajar lain, kerja lain. Contohnya korang minat nak jadi arkitek. Tapi family nak suruh jadi doktor. So korang pergilah kat Universiti belajar course doktor yang korang kurang minat tu. Bila belajar apa yang korang kurang minat, of course nak score tu susah kan? hmm jawabnya result cukup2 makan. Pas habis belajar, susah nak dapat kerja sebab result tak cukup bagus (tu pun untung kalau tak kena buang dari universiti). Tu yang korang terpaksalah amik kerja mana yang ada terlintas di depan mata. Jadilah minat lain, belajar lain, kerja lain

Monday, May 9, 2011

Happy Mother Day..:)

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..(mmg lah ):
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu


*sorry ibu ,xwish hri 2..line hp xde kt mersing hri 2...hehehe..;p

Tuesday, May 3, 2011

Lantak koranglah ,malas aku nk cakap lagi!!!

 Mood hari nie kurang baek,de someone wat aku marah ,Manusia ada bermacam2 perangai. Biasalah kehidupan kalau tak macam ni, tak meriahlah dunia ni..he3. Tapi kalau dah tak tahu tu, janganlah berlagak pandai. Kan ada mulut tu. Gunalah. Tanya  lec ker mmber ker,kalau tak faham ke, tak tahu ke or keliru ke. Ni tak diam je & berlagak macam tahu semua. Last2 menyusahkan orang lain & diri sendiri je.

yang aku panas nie,Tak tahu, tak pandai nak tanya orang pula. Macamlah orang kat tepi ko tu nak makan ko. Tu lah berlagak pandai tak bertempat. Last2 kerja xsiap,dh last minit nie,korang brdua wt projek nie,bkan nye sorang pon,aku yg wt projek lain leh siap, dah lah aku wat sorng jer , Bengang betul dibuatnya. 

Payah btol wt kerja gn korng,menysal lak aku msok group korng nie !!!!!!!!!!!!